Isnin, 5 Mac 2012

When the world’s not on your side

Allah uji hambaNYA tidak kira masa, tempat & keadaan, bersabarlah. Mungkin ada sesuatu yg Allah nak hadiahkan tanpa kita sedar ,Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, " Wallahu Khairul Maakirin." (Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana).

Cinta bukan milik kita. Kita tidak mampu kawal cinta sepenuhnya.Cinta itu milik Allah. Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahwa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

”“Ingatlah, sabar itu iman, wang bukan teman, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman !!!'' Jika kekasihmu mengkhianati atau meninggalkanmu ,maka tersenyumlah sebab orang yang seharusnya bersedih adalah dirinya kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu , sedangkan dia telah kehilangan seseorang yang ikhlas menyintainya!!!!...'' Cinta bukanlah kata murah dan lumrah di tuturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci , dengan itu jangan pernah kamu menyatakan cinta kepada mereka jika kamu tidak ingin mendampinginya ''Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Cinta itu hanya istimewa,,bila kamu berikan kepada seseorang yang layak menerimanya..karna cinta bukan mencari seseorang yang sempurna,,tapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Ketika dia yg kamu cinta mengatakan bahwa kamu tak cukup baik baginya, kamu harus menyadari hidupmu jauh lebih baik jika tanpanya!!!!

Sabtu, 3 Mac 2012

CERITA DUNIA

24 Tanda hari kiamat semakin hampir

 1.  Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

  2.  Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem. 

  3.  Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.  

4.  Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. 

5. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.  

6.  Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 

7. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.  

8. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. 

9. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

 10.  Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi. 

11.  Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 

12.   Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan). 

13.  Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. 

14.  Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan. 

15.  Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi. 

16.  Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga. 

17.  Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya, 

18.  Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 

19.  Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

 20.  Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. 

21.  Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah. 

22.  Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

 23.  Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik). 

24.  Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

Petua cantik berseri n blink-blink

2. Selain berlulur, amalan mandi susu (berendam), juga disukai untuk mencerahkan kulit.
3. Jika ingin berseri, sesekali mereka mandi bunga dengan mencampurkan tujuh jenis bunga bersama sedikit perahan limau. Bagi wanita bersalin, mandian daun-daun kayu paling digemari untuk membuang angin di dalam badan, melancarkan peredaran darah serta mengharumkan badan.
4. Hampas kelapa digunakan untuk menyental daki. Selain itu, campuran kapur makan dan perahan limau nipis pula untuk menyental daki pada ketiak dan pelipat kaki.
5. Ada juga menggunakan beras pulut. Caranya mudah, goreng beras pulut tanpa minyak hingga kuning, kemudian tumbuk lumat. Ambil segenggam, titikkan air agar lembap,gosok pada bahagian bermasalah.
6. Bagi mengelakkan kulit kering, mereka sapukan pula gel aloe vera (lidah buaya) ataupun minyak sayur-sayuran.
7. Bedak sejuk daripada beras juga sangat elok untuk menyejukkan muka, menghilangkan ruam serta menghaluskan kulit. Biasanya beras direndam berbulan-bulan hingga lembut, dititik di atas daun pisang dan dijemur berhari-hari. Setelah kering, disimpan di dalam mangkuk tanah dan dicampur hirisan daun pandan, bunga melati atau mawar agar berbau harum.
8. Bagi mengelakkan jerawat atau gatal-gatal, kunyit hidup yang ditumbuk lumat disapu pada seluruh wajah kerana ia mengandungi antiseptik semulajadi.
9. Parutan buah jambu muda juga elok untuk menghilangkan jerawat. Bagi menegangkan kulit muka, putih telur segar (baru bertelur) disapu, manakala pupur parutan lobak dan timun untuk menyegarkan kulit.
10. Selain itu, pupur kacang hijau dan badam juga kerap digunakan untuk menjaga muka. Gel aloe vera boleh digunakan sebagai pelembap.
11. Bagi menghilangkan parut yang masih baru pada muka, kulit pisang emas (bahagian dalam) disental pada kulit muka ataupun buih daripada kayu api (misalnya kayu getah) disapukan.

Pinta Ku ......

Tolong.....

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Doa ku

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ya ALLAH, kuatkan la hati insan mu yang lemah ini,
hilangkan lah kedukaan ku,
gantikan lah dengan ketenangan dan khabar gembira darimu Ya ALLAH.
sesungguhnya aku amat merindui dia,
dan jika dia bukan untukku,
hilangkan lah rinduku untuknya kerana dia tak layak untuk mendapatkannya.
Ya ALLAH, simpankan lah rasa cinta dan rinduku ini hanya untuk jodoh ku sahaja.
berikanlah jodoh yang mampu membimbing aku dunia dan akhirat.
menerangi jalan ke Syurga Mu itu.

Ameen.. 


http://butterflyinpurple.blogspot.com/2012/01/hujan.html

Isnin, 28 Mac 2011

Santau Angin - Rawatan, Panduan Mengenalpasti Kehadiran Santa

Santau angin ada penawarnya. Antara tanda-tanda awal seseorang itu terkena racun santau ialah mulut berbau busuk, kuku menjadi hitam dan batuk berpanjangan.



Limau nipis ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau 'angin' yang dikenakan kepada seseorang melalui kaedah belah atau memotong limau itu daripada tangkai atas ke bawah.


Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali berkata, selain digunakan untuk memulihkan pesakit santau, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengesan sama ada seseorang itu sudah terkena racun santau atau tidak.




"Apabila orang yang terkena santau angin memakan limau atau nanas bersama kicap mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan, malah, pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam."


Menurut Suhaimi, santau angin yang turut dipanggil 'tuju' itu dihantar dari jauh oleh individu tertentu dengan niat mengkhianati seseorang atau memenuhi syarat pemilikan santau.


"Pengamal santau perlu membuang santau itu setiap tahun bagi memastikan ia tidak 'memakan' diri sendiri atau keluarga terdekat mereka," katanya.


Santau angin boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara manual iaitu penghantar meletak bahan santau ke dalam makanan atau minuman orang yang ingin disantau dengan meletakkan serbuk santau itu pada hujung kuku dan ditabur dengan cara merenjis.


Manakala cara kedua, melalui upacara pemujaan yang dilakukan bomoh menggunakan perantaraan makhluk halus atau jin. Ia dilakukan dari jauh tanpa pengetahuan mereka yang ditujukan santau berkenaan.


Ada beberapa panduan boleh digunakan orang ramai untuk mengenal pasti kehadiran santau di kedai makan atau sesebuah restoran.


1. Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.


2. Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau," katanya


Sumber: Santau Angin - Rawatan, Panduan Mengenalpasti Kehadiran Santau










Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.







Jenis-jenis Santau:






Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:






  • Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.
  • Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.



Tanda-tanda Terkena Santau:






Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:






  • Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  • Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  • Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
  • Lenguh seluruh anggota badan.
  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  • Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
  • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.



Kesan-kesan Santau:






Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:






  • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
  • Hilang daya ingatan.
  • Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
  • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
  • Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
  • Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
  • Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
  • Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.


























 Doa Elak sihir dan santau :


  1. Membaca suarah Al-Fatihah ,  membaca 3 Qul ( aL-Ikhlas ,Al-Falaq . An-Nas )
  2. Membaca Ayat Kursi setiap lepas solat
  3. Membaca doa ini: 
    Amalkan membaca 3 kali setiap lepas solat dan baca 1 kali sebelum makan atau minum:
     

     4.Membaca 2 ayat terakhir dari surah Al-Baqarah (ayat : 285-286) , pada waktu malam :   
    5 .Membaca zikir :   
           LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALLAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU   YUHYI WA YUMIT WAHUWA 'ALA KULLI SYAI'IN QADIR    (10x)


 
     6. Membaca : 
         A'UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMATI MIN SYARIMMA KHALAQ






Ahad, 21 November 2010

Nyaman Kali aaaa~

KEK OREO CHEESE

Kenyamanan ku kek ani....pasal masa hari sabtu 20 hb November 2010, semasa kami mengadakan penyampaian hadiah bagi murid cermelang... kwan ku c Kim mbawa this cake k sekolah....fuuhhh~ nyaman hingga menjilat jari jemari....so guyz....cuba tah mbuat nya.....me pon kan mencuba jua...ani resipi yg ku cedok2 dari blog urg lain jua....hehehehehe   (>_<)



RESEPI KEK OREO CHEESE

Bahan Dasar
  • 300gm biskut oreo - di buang krimnya
  • 50gm mentega cair
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim
  • 130 gm gula kaster
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur
  • 250ml whipping krim
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan .bulat 8"8", . Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Tuangkan kesemua bahan Filling, ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.