PETUA

Nya Orang Tua-tua


Salam.....
Mau tau petua orang tuha dulu kala.. Bah...baca tah ....lau rajin....amalkan tia....  (^_^)

1.  Khasiat Limau Purut.
     Tau ke cm ne rupa limau purut?..macam buah limau lain jugak tapi kulitnye sedikit menggerutu, tapi khasiat nye cukup bagus untuk ubat sakit migrain, membantu perjalanan darah dan boleh hilangkan bau badan.  Asik Sitrik dalam buah limau dapat membantu mengekalkan kelembapan kuli. Vitamin B dan C pulak dapat meningkatkan daya ingatan pulihkan tekanan darah.

2.  Khasiat Kacang Hijau.
    Berkhasiat dalam membantu menghilangkan kepanasan dalam badan dan dapat mengurangkan kolestrol.

3.  Khasiat Buah Keras/Santan Kelapa
    Nak rambut hitam berkilat dan lebat. Cuba petua ni. Tumbuk buah keras halus-halus dan campurkan dengan santan kelapa. Lumur pada rambut, biarkan sekejap, cuci bersih. Rambut akan lebat dan hitam menawan.

4.  Khasiat Limau Nipis.
    Untuk bersihkan kulit kepala. Potong limau nipis, kemudian gosok pada kulit kepala. Awas ianya akan memedihkan kulit kepala tetapi amat bagus untuk hilangkan gatal-gatal kepala anda.

    Bagi yang nak badan yang langsing dan cantik, amalkan petua ni. Ambil 2 biji limau nipis, tebuk tengah-tengah, masukkan bunga cengkih dan rebus. Amalkan minum air rebusan yang suam-suam 3 kali sehari. Cubalah kalau nak tau hasilnya.

   Perahan limau nipis yang dicampukan sedikit madu dikatakan mampu menghilangkan batuk. Caranya perahan limau nipis dicampur madu diminum 2 kali sehari. Ingat, jangan dicampur dengan bahan lain walaupun rasanya agak masam sedikit, tetapi hasilnya tetap lumayan....

5.  Khasiat Kismis
     Taukah anda kismis boleh mengubati penyakit kurang darah jika diamalkan meminum air rebusan kismis. Rebus 3 gelas kismis bersama 3 gelas air. Rebus sehingga menjadi 1 gelas dan amalkan meminum setiap hari.  Badan akan terasa segar.

6.  Khasiat Daun Pandan
     Badan anda berbau?. tumbuk daun pandan wangi hingga halus kemudian gosok pada ketiak. Biar seketika kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dan anda akan dapati bau badan telah hilang sama sekali.

    Daun pandan juga boleh menghalau lipas yang tinggal dalam kereta atau kabinet didapur.  Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat yang didiami oleh lipas. Cubalah dan tengok hasilnya.

    Daun pandan juga boleh menghilangkan bau hapak baju yang berada dalam almari.  Letakkan beberapa helai daun pandan dan anda akan dapati baju berbau wangi.  Selamat mencuba!


7.  Khasiat Daun Inai
     Kepala banyak kelemumur?.. Cuba cara ni...tumbuk daun inai kemudian sapu keatas kepala dan bungkus dengan plastik.  Biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci hingga bersih.  Kepala tidak gatal lagi.

8.  Khasiat Bawang Putih
     Bawang putih dikatakan boleh menghilangkan kembung perut.  Ambil 2 ulas bawang putih, tumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit minyak masak.  Sapukan minyak tadi ke perut dan belakang. Anda akan rasa selesa selepas seketika.

9.  Khasiat kobis
     Nak kulit muka sentiasa lembab dan halus. Cuba petua ni, ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga halus. Perah airnya. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit madu.  Sapu pada kulit muka, biar seketika, kemudian cuci bersih.  Anda akan dapati kulit muka segar dan halus.



 pitua ani ku cedok dari urg lain plang....separuh udah pernah ku buat....separuh g lom pernah jua ku tau kesan nya hahahaha,.,,,,so,...f rajin...amalkan tia...