RESIPI

Makanan Nyaman....Fuhhhh....sodap...

Lapis Roti Berdaging & Roti Sosej


:: Roti Lapis Berdaging ::
Posing jap sblm kena ngap...
Resipinya seperti dibawah...


Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser 


Cara-cara
- Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
- Satukan Susu+telor+secubit garam
- Pukul susu+telor+garam hingga sebati
- Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
- Ramas-ramaskan kesemua roti tadi (as x ramas2 as letak sekeping2)
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
- Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
- Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
- Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka) -anak2 suka cheese tabur didalam..so as x tabur diatas roti..
- Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
- Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos