Sabtu, 3 Mac 2012

Doa ku

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ya ALLAH, kuatkan la hati insan mu yang lemah ini,
hilangkan lah kedukaan ku,
gantikan lah dengan ketenangan dan khabar gembira darimu Ya ALLAH.
sesungguhnya aku amat merindui dia,
dan jika dia bukan untukku,
hilangkan lah rinduku untuknya kerana dia tak layak untuk mendapatkannya.
Ya ALLAH, simpankan lah rasa cinta dan rinduku ini hanya untuk jodoh ku sahaja.
berikanlah jodoh yang mampu membimbing aku dunia dan akhirat.
menerangi jalan ke Syurga Mu itu.

Ameen.. 


http://butterflyinpurple.blogspot.com/2012/01/hujan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan