Ahad, 21 November 2010

Nyaman Kali aaaa~

KEK OREO CHEESE

Kenyamanan ku kek ani....pasal masa hari sabtu 20 hb November 2010, semasa kami mengadakan penyampaian hadiah bagi murid cermelang... kwan ku c Kim mbawa this cake k sekolah....fuuhhh~ nyaman hingga menjilat jari jemari....so guyz....cuba tah mbuat nya.....me pon kan mencuba jua...ani resipi yg ku cedok2 dari blog urg lain jua....hehehehehe   (>_<)



RESEPI KEK OREO CHEESE

Bahan Dasar
  • 300gm biskut oreo - di buang krimnya
  • 50gm mentega cair
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim
  • 130 gm gula kaster
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur
  • 250ml whipping krim
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan .bulat 8"8", . Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Tuangkan kesemua bahan Filling, ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

Selasa, 5 Oktober 2010

Tart Nenas

Resepi Tart Nenas Gulung


Bahan-bahan:

Doh tart:

2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula


Jem nenas:

4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Hiasan:
Kuning telur


Cara membuat:

Doh;
Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.


Jem Nenas;
Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.


Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
Oles kuning telur pada bahagian atas tart.

Bakar selama 15 minit / sehingga masak

Isnin, 23 Ogos 2010

Tahu Kah kamu ?????

  1. - Dizaman Rome, Air kencing lelaki diniagakan sebagai produk pewarna rambut, dan ada ketika mereka menggunakan air kencing manusia sebagai ubat gigi.
  2. - planet uranus mempunyai 27 bulan
  3. - Viking, setelah membunuh musuhnya, mereka menggunakan tengkorak kepala sebagai alat untuk minum.
  4. - Seorang wanita yang mengandung mempunyai deria yang lebih sensitif.
  5. - wanita lebih kerap berkelip mata dari lelaki iaitu hampir sekali ganda.
  6. - Degupan jantung wanita lebih laju dari lelaki.
  7. - Wanita lebih kerap senyum dari lelaki.
  8. - wanita mengambil masa hampir 3 kali ganda dari lelaki apabila menggunakan tandas.
  9. - wanita yang minum kopi lebih dari dua cawan dalam sehari mempunyai lebih peluang untuk mendapat osteoprosis.
  10. - ketepatan menghidu anda adalah 1/20 dari anjing
  11. - terdapat spesis burung yang menyalak seperti anjing, burung ini dipanggil Antpitta avis canis Ridgley
  12. - harimau mempunyai kulit yang berbelang, dan bukan sahaja bulunye yang berbelang.
  13. - kura-kura boleh bernafas menerusi bontotnya..huhu
  14. - 2 juta sel darah merah mati setiap saat.
  15. - tidak seperti haiwan berkaki empat yang lain, kangaroo tidak boleh jalan mengundur.
  16. - terdapat 6,800 bahasa didunia.
  17. - ayam adalah lebih banyak dimuka bumi berbanding manusia.
  18. - Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  19. - kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
  20. - Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud tidak.
  21. - Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  22. - Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
  23. - Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  24. - Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  25. - Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  26. - Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
  27. - Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka dikulit atau terbakar.
  28. - berlian hijau adalah berlian yang paling jarang ditemui.
  29. - Musim panas di planet uranus adalah selama 21 tahun, begitu juga musim sejuk.
  30. - Gurun sahara membesar 1KM sebulan.
  31. - semua planet dalam sistem solar berputar mengikut lawan arah jam, kecuali planet venus satu-satunya planet yang berputar mengikut putaran jam.
  32. - di tengah pusat bumi mempunyai kosong graviti.
  33. - Jurang terdalam didunia adalah jurang mariana dilautan pasifik, berkedalaman 10.9KM dibawah paras laut.
  34. - Laut mati adalah sedalam 365m bawah paras laut.
  35. - Mastercard pada mula nya dikenali sebagai MasterCharge.
  36. - Kerusi elektrik telah dicipta oleh seorang doktor gigi.
  37. - Seekor lipas mampu meneruskan hidup selama beberapa minggu walau tidak mempunyai kepala,
  38. - Purata manusia biasa mengalami 1,460 mimpi setahun
  39. - Mencium bau pisang atau epal hijau membantu mengurangkan berat badan.
  40. - tahukah anda, bunyi itik tidak bergema, dan tiada siapa tahu mengapa..
  41. - Ngauman singa boleh didengari dari jarak sejauh 5 batu.
  42. - Seekor tikus boleh hidup lebih lama dari unta tanpa air.
  43. - sejenis cacing tanah di australia boleh membesar sehingga 10 kaki panjang.
  44. - Alexander Graham bell ialah pencipta telefon, namun beliau tidak pernah menelefon isteri atau ibu nya, kerana mereka berdua pekak.
  45. - Mata burung unta lebih besar dari otaknya.
  46. - air kencing kucing boleh dilihat dibawah sinaran lampu gelap.
  47. - Kucing mempunyai lebih 100 bunyi vokal, manakala anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal.
  48. - Buaya menelan batu untuk membantu ia menyelam lebih dalam.
  49. - pil perancang kehamilan untuk manusia juga berkesan untuk gorila.
  50. - iguana, koala, dan biawak komodo mempunyai 2 kemaluan.
  51. - Mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.
  52. - hanya nyamuk betina sahaja yang menyengat.
  53. - Kacang digunakan untuk menghasilkan dinamit.
  54. - Siput boleh tidur selama 3 tahun tanpa makan.
  55. - Saudi arabia tidak mempunyai sungai.
  56. - cahaya dari matahari memerlukan 8.5 minit untuk sampai ke bumi.
  57. - tiada tanah di kutub utara, hanya ais yang melitupi permukaan laut..
  58. - gajah menghabiskan masa selama 23jam untuk makan.
  59. - istana terbesar didunia yang mengandungi 1788 buah bilik pernah dibina untuk sultan brunei.

Ahad, 22 Ogos 2010

Masjid Brunei Darussalam di Kelantan ?????

Akhirnya, Masjid Brunei di Danau Tok Uban! (At last, the Brunei Mosque at Danau Tok Uban!)


Mula-mula tengok gambar ini... Jeng jeng jeng!!! Siapa sangka di sebuah kawasan ceruk di dalam negeri Kelantan ada masjid secantik ini... Malah siapa sangka, masjid yang indah di dalam kawasan Rong Chenok (walaupun di tepi Danau Tok Uban, orang sini kata Tok Uban tu belah seberang), jajahan Pasir Mas ini telah didirikan oleh Sultan Brunei, individu yang pernah dikatakan orang paling kaya di dunia suatu masa dahulu! Sebelum kedudukannya dalam senarai kekayaan harta benda dipotong oleh Bill Gates, tuan punya Microsoft...


Perhatikan tulisan di atas... Masjid Brunei Darussalam... Serta-merta saya teringat nama kerajaan lama Samudera Darussalam yang diasaskan oleh Sultan Malikus Salih di Aceh abad ke 13 Masihi... Apakah ada kaitan?

Yang pasti, dalam sejarah Islam dunia, tempat pertama memakai nama Darussalam adalah Madinah Darussalam setelah diperintah Nabi Muhammad Rasulullah SAW... Dan di Tanah Melayu pula kerajaan Samudera Darussalam lah yang mula-mula dikenali dengan nama Darussalam yang bermakna daerah yang aman sejahtera, juga kerana penduduknya masuk Islam tanpa dipaksa atau perlu diperangi. Kemudian baru muncul Pattani Darussalam juga Brunei Darussalam.

Maka apakah kaitan semua ini? Cukuplah kalau dikatakan, semua tempat-tempat Darussalam ini melibatkan para Ahlul Bait anak cucu Nabi sebagai para penguasa yang berwibawa serta pendakwah Islam yang membawa kesejahteraan di manapun mereka berada!

Sekarang fikirkan, kenapa pula Sultan Brunei boleh mendirikan masjid di Rong Chenok ini, di sisi sebuah tasik agak luas yang dikenali sebagai Danau Tok Uban. Apakah sebab-musababnya? Kenapa tak dibina di Kota Bahru, ibunegeri Kelantan? Kenapa tak di Kuala Lumpur atau Putrajaya yang jauh lebih terkenal dan glamour?


Untuk pengetahuan, tak ramai orang yang tahu pun bahawa masjid ini wujud. Jalan untuk masuk ke sini pun agak berbelit-belit melalui perkampungan orang, agak jauh daripada mana-mana jalan besar. Nak masuk ke situ pun satu hal... Kenapa pula perlu bersusah-payah mendirikan masjid sebegitu indah di tempat sebegitu ceruk? Nama pun Rong Chenok... Nasib baik bukan Rong Tenuk.


Oh... Pada sesiapa yang tak tahu pasal cerita Danau Tok Uban ni, silalah menjengok di Danau Tok Uban pula...


Tu dia... Papan peringatan masjid dalam tulisan Jawi... Baca sendiri da... Saya setakat boleh menyatakan Masjid Brunei Darussalam ini didirikan tahun 1992 berserta sebuah madrasah (masjid ini dalam kawasan madrasah mengaji Quran) atas nama almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin, ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang. Dan ia dirasmikan oleh Sultan Kelantan!


Setelah membelek papan peringatan masjid tadi, timbul gerak hati untuk meletakkan poster promosi buku "Berpetualang ke Aceh" di sini! Malah ia dibiarkan di situ selama saya berada di masjid ini sampai tengahari keesokannya. Siapa pula nak tengok poster ini di tempat terpencil yang jarang didatangi orang ya tak?


Kebetulan semasa saya sampai petang Jumaat itu, ada sekumpulan guru sekolah dan keluarga serta anak murid juga baru sampai untuk membuat sedikit majlis makan-makan di rumah-rumah penginapan di sebelah masjid milik madrasah. Boleh kata hampir semua mereka yang datang ini baru pertama kali menjejakkan kaki ke Danau Tok Uban walaupun mereka semuanya berasal daripada daerah Pasir Mas!

Dalam pada itu, kelihatan anak-anak kecil bermain berlari-lari riang-ria meneroka segala ceruk rantau masjid ini. Nampaklah anak tangga berpusing naik ke atas... Apa lagi saya... Ibarat beruk diberi pokok suruh panjat le jadinya... Hehe!



Menara masjid setakat yang mampu ditangkap oleh kamera digital murah yang tidak ada wide view...

Kawasan rumah penginapan di sebelah... Nampak meriah juga dengan kehadiran pelawat-pelawat daripada Pasir Mas ini... Kalau tak kawasan ini boleh dikatakan jarang ada orang kecuali para pelajar madrasah, itupun mereka selalu berada di kawasan lain dalam lingkungan madrasah yang boleh tahan luas ini, madrasah yang menurut ceritanya ditanggung sepenuhnya oleh Sultan Brunei termasuk kos pembiayaan pelajar!



Jeti tepi masjid ke Danau Tok Uban dilihat daripada satu sudut yang cuma 'beruk-beruk' macam saya sahaja boleh sampai. Orang lain yang melihat kedudukan saya ketika itu terus rasa seriau... Gilo ke hapa budak ni bertenggek kat sudut atas masjid cam ni weehh??


Subhanallah! Ternyata Danau Tok Uban jauh lebih indah apabila dilihat daripada Masjid Brunei berbanding dengan di seberang!

Oh... Lupa hendak beritahu. Sebenarnya sebaik sahaja nampak bangunan Masjid Brunei daripada teksi yang dinaiki dari Pasir Mas, terus saya rasa satu macam kejutan eletrik di badan. Ah... Saya deja vu lagi... Seluruh reka bentuk masjid ini, kawasan sekelilingnya, malah-malah pagar kecil juga bangunan rumah penginapan di sebelah pernah saya lihat dalam mimpi atau bayangan lama dahulu... Tak pasti bila tapi memang saya pernah nampak semua ini walaupun secara fizikalnya, baru kali inilah saya sampai di sini!

Apakah makna semua ini? Ah... Relaks.... Bagi suspense sikit lah... Hehe!




Mimbar masjid dengan kubah di atas ini mengingatkan saya pada topi perang orang Islam dahulukala... Mungkin ada kena-mengena?

Adapun pada malam itu, seorang ustaz kanan madrasah dengan seorang anak muridnya telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk memastikan siapakah saya ini sebenarnya... Lawyer? Majistret? Atau cuma Kasim Selamat! Kerana ada juga pengunjung (orang-orang Pasir Mas yang menyewa rumah di sebelah) risau akan kehadiran seorang manusia yang tidak dikenali di situ... Takut saya ini perompak ataupun penyangak?

Ah... Saya dah biasa dengan semua ini. Malah sepanjang pengembaraan kali ini, ramai orang beranggapan saya adalah seorang anggota Special Branch polis Bukit Aman, yang ingat saya military intelligence pun ada, mungkin keluar menyamar untuk meninjau keadaan sekeliling... Kalau saya kata bukan pun, sesetengah orang dah buat kesimpulan lebih awal... Mana ada orang berani mengembara seorang diri masuk ceruk rantau kampung orang seorang diri macam saya dengan penuh keyakinan diri kecuali orang itu ada kaitan dengan pihak berkuasa ya tak?

Apapun, ustaz itu sedikit lega setelah melihat kad pengenalan saya serta membuat sedikit temu-ramah. Apa yang menarik adalah temu-ramah lapisan lain yang dibuat secara batin... Nampaknya ustaz muda yang umurnya mungkin tak sampai lagi 40an ini pun bukan orang sembarangan. Ya lah... Takkan hantar orang 'kosong' untuk bertemu orang asing yang mungkin boleh membahayakan ya tak...

Dalam perbualan itu saya berterus-terang mengaku suka menziarahi makam para wali, raja-raja dan tempat-tempat berkaitan demi menelusuri sejarah Melayu Islam terutama yang berkaitan dengan keluarga. Saya tahu ustaz ini juga meneliti saya secara batin untuk memastikan samada saya bercakap benar ataupun tidak...

Yang menarik adalah apabila ustaz ini mengaku masjid itu malah seluruh Danau Tok Uban terletak di dalam lingkungan kawasan sebuah kota lama yang masih boleh dilihat dengan mata batin... Hmm... Tak boleh cerita sangat tentang ini. Cukuplah kalau dikatakan dalam Danau Tok Uban itu terdapat banyak harta peninggalan dahulukala, cukup banyak... Kata si ustaz, ada juga beberapa pihak cuba menarik harta ini tetapi tidak berjaya. Yang menarik, ustaz ini tahu bahawa harta tersebut adalah harta untuk belanja perang akhir zaman... Hmm... Cukuplah...

Oh, untuk menjawab soalan para pembaca terutama Kak Tim, apakah kaitan Brunei dengan Kelantan. Le... Ingatkan ramai dah tahu... Bukankah Sultan Kelantan itu dikatakan berasal daripada keturunan Sayyid Hussein Jamadil Kubra yang pernah mengetuai kumpulan Wali Tujuh datang ke Tanah Melayu abad ke 14 Masihi dahulu? Sultan Brunei pula adalah keturunan Sharif Mekah yang nasabnya sampai pada Saidina Hassan, cucu sulung Rasulullah SAW! Masing-masing berpunca daripada darah daging Nabi Muhammad SAW jua...Allahumasali ala Muhammad wa ala ali Muhammad!

Sekarang fikirkan apakah kaitan semua ini... Di manakah anak cucu Nabi ini pernah berkumpul di Tanah Melayu ini sehingga Sultan Brunei terpanggil untuk mendirikan masjid di sini setelah mengalami sebuah mimpi... Ada cerita lain pula menyebut, ada penduduk lama di Rong Chenok mendapat mimpi tiga malam berturut-turut lalu mencari jalan untuk menghadap Sultan Brunei demi menceritakan pesanan yang diberi dalam mimpi.

Apapun, masjid ini didirikan setelah seseorang (atau mungkin banyak orang?) mendapat mimpi yang misteri tapi penuh makna. Yang pasti, kehadiran Masjid Brunei di tempat terpencil ini menimbulkan banyak tanda-tanya lalu menjadi asbab atau sebab-musabab untuk pihak-pihak tertentu dipertemukan lalu saling kenal-mengenali ni sini... Peh... Tiba-tiba teringat nama Tok Kenali...

OK... Cukuplah ya... Dah lama saya menulis ni... Perlu bergerak meninggalkan Alor Setar sekejap lagi... Teringat pula ustaz yang menemu-ramah saya dan anak muridnya dua-dua orang Kulim. Macam nak suruh saya pergi situ pula... Insyaallah jumpa kita di lain waktu. Wassalam!